Monday, August 11, 2008

Kenapa Wanita Itu Istimewa

Mengapa WANITA sangat Istimewa......

Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata.
"..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah...."
Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap...
susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...ishh...ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap.....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai kaian lap je lah...
tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...

baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check...baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak..telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle...

ternampak pulak beg g keje...emm..besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle...

Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."...."..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..."

masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...adoi..gosok gigi...smayang...pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni...
nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu...

bukak almari...emmm...pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang...
la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2....masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle...

dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik...owh...pokok aku dah nak mati ni ha..lupa dah 3 hari tak siram....ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar..

ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi.....ok dah ...

ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...

aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9..30 ade meeting..
ahh...boring...panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,...mohon keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."...selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak dah....

So?....apa yang peliknya..??

Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu...

Hantarkan ke 5 WANITA yang anda rasa hebat....pasti anda disayangi kerana memahami mereka...well, women understand women better...
foward jugak kat lelaki-lelaki so mereka akan hargai emak, isteri, dan kawan 2 dengan lebih baik lagi...

Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah...setiap wanita adalah istemewa dengan cara mereka sendiri...

Kalau lelaki mengakui kebenaran ini....hormat dah hargailah mereka...untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari...

HIDUP UNTUK KAUM HAWA!!!

14 million dollars picture




Monday, August 4, 2008

Petua Mengerat Kuku

RASULULLAH S.A.W BERSABDA YANG ERTINYA:
Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;
* Hari Sabtu :Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.
* Hari Ahad :Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.


* Hari Isnin :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
* Hari Selasa :Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
* Hari Rabu :Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
* Hari Khamis :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
* Hari Jumaat :Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.
Jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya. Walaupun ia hanya kuku tapi ia adalah sebahagian dari badan kita yang perlu kita hormati.Misalnya, kerat kuku ada adabnya selain ikut hari, kita juga perlu buang kuku tu pada tempat yang tidak kotor sebagaimana yang diajar,
eloklah buang ke tanah kerana kita juga adalah unsur tanah,Bukannya tong sampah sekalipun tong sampah tu bersih.
Lagi satu, mulakan kerat kuku tu mulai dengan Bismillah dan selawat Nabi dan kerat start jari telunjuk sebelah kanan sampai habis tangan
kanan, kemudian jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri dan Last sekali ibu jari tangan kanan. Kalau kaki pula, start
dengan jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri. Itulah sunnah yang paling kuat dipegang selama ini walaupun ada banyak
khilafnya.Wallahu'alam.

Begitu indahnya Islam, sampai kerat kuku pun diajarnya. Apatah lagi perkara yang lebih besar dari itu.
"

Tanda-Tanda Saat-Saat Kematian



a) 100 hari : Seluruh badan rasa bergegar.
b) 60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.
c) 40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.
d) 7 hari : Mengidam makanan.
e) 5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.
f) 3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.
g) 2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.
h) 1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh dan asar.
i) Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan) Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi bercakap-cakap.

Bila Malaikat Mencabut Nyawa

Baginda Rasullullah S.A.W bersabda:
"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka di dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat maut mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu di telapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang."

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:"Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.

Sinar Cahaya Kursi

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawapan salam daripada isterinya. Di saat > itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:
1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.
3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.
4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur, setiapperbuatan orang yg benar, pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.
5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya
6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.
7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

He L0ves musiC t00 much

That why when somebody listens to the music too much.......

Mr. Eric was walking around the form 3 block when he saw one of the
form
3 class, 3'T', making noise. He entered the classroom and this is what
happened....

Mr. Eric: Who was playing and talking please stand up or the whole
class
gets it.
Anand : "Will The Real Slim Shady Please Stand Up"(Eminem)
Mr. Eric: You! I want you to come to my office now Office

Time: 0900 hrs

Mr.Eric: What Is Your name?
Anand : "Say My Name Say My Name"(Destiny's Child)
Mr.Eric: Don't play a fool
Anand : "Can't Believe I'm The Fool Again"(Westlife)
Mr.Eric: Do you want me to beat you ?
Anand : "Hit Me Baby One More Time"(Britney Spears)
Mr Eric: What did u say?
Anand : "WHAT!"(Stone Cold)
Mr.Eric: Are you out of your head?
Anand : "I Can't Get U Outta My Head"(Kylie Minogue)
Mr.Eric: Who do you think you are ?
Anand : "I'm A Genie In Bottle"(Christina Aguilera)
Mr.Eric: How many demerits do you want?
Anand : "1,2,345,Everybody In The Car..."(Lou Bega)
Mr.Eric: Do you always play in class?
Anand : "Sometimes I Run, Sometimes I..."(Britney Spears)
Mr Eric: Do u think this is a party ?
Anand : "I'm Coming Up So U Better Get The Party Started"(Pink)
Mr.Eric: I want you to come for detention class tomorrow morning
Anand : "Every Morning They're A Hello..."(Sugar Ray)
Mr.Eric: I've just changed my mind. I want you to come everyday
Aanad : "Everyday I Love You"(Boyzone)
Mr.Eric: I want you to come alone
Anand : "Show Me The Meaning Of Being Lonely"(Backstreet Boys)
Mr.Eric: It gonna be the two of us
Anand : "Just The Two Of Us"(Will Smith)
Mr.Eric: Are you going to shut up or do you want me to stop talking
Anand : "You Say It Best, When You Say Nothing At All"(Ronan Keating)
Mr.Eric: I want you to promise me that you won't get into anymore
trouble.
Anand : "This I Promise You"(N*sync)
Mr.Eric: Make Sure you don't get into trouble again
Anand : "Oops I Did It Again"(Britney Spears)
Mr.Eric: You can go now
Anand : "There She Goes"(Sixpence None The Richer)
Mr.Eric: I said go!
Anand : "Bye Bye Bye"(N*sync)

Betul Atau Kebetulan

1. Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24

Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.

2. Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30
Orangnya perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati olih orang yang benar-benar dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu-buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba. Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.

3. Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29
Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk di mengertikan.

4. Tarikh Lahir pada 4, & 13
Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri.Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan.

5. Tarikh Lahir pada 5 & 17
Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi.Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan.Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain.Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan.

6. Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27
Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani.Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya.Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.

7. Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31
Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur.Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.

8. Tarikh Lahir pada 8 & 23
Dia bersifat peramah dan mudah perasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman-teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian.Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat. Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban.

9. Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21
Suka bekerja keras,memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya.Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung.Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan.Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.

10. Tarikh Lahir pada 12 & 19
Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji.Dia berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka berdandan dan berpakaian rapi.Kerana itu dia sering membelanjakan wangnya untuk menunjukan penampilannya.Dalam Kehidupan sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat kepimpinannya.Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam pergaulan.Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah untuk dipercayai.

11. Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26
Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini.Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.

12. Tarikh Lahir pada 22 & 25
Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya.Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain. Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan seniman asmara.

Maklumat Perjalanan

Tempat berlepas : Kehidupan dunia
Tempoh Perjalanan : Cuma seketika dan beberapa meter dalam perut bumi.
Destinasi : Akhirat
Masa berlepas : Ketika di datangi Malaikat
Masa hadir : Ketika dan selepas Nyawa di cabut
Bentuk tempahan : Tetap, Pasti, dan tidak akan Berubah

SYARAT-SYARAT PERJALANAN
Ditujukan kepada semua penumpang. Diminta ambil perhatian kerana mereka akan memulakan perjalanan dengan meninggalkan kehidupan didunia dan menuju ke akhirat. Sila perhatikan ketua anda, semua (pilot) yang dikhaskan iaitu Malaikat Maut. Bagi penumpang yang belum jelas, dapatkan maklumat lanjut daripada kenyataan yang terdapat di dalam Al-Quran dan Hadis-hadis Rasullullah serta menurutinya dengan berhati-hati.
Sebarang masalah hendaklah di rujuk kepada para ulamak dan cendiakawan.

BARANG MUATAN YANG DI DIBENARKAN
* 5 meter kain kafan putih
* Kapas Putih yang secukupnya
* Muatan lain yang di pertimbangkan :
- Amal soleh
- Sedekah jariah
- Anak soleh yang mendoakan ibu bapanya
- Ilmu yang manfaat

PERHATIAN
* Lain-lain muatan yang di tegah adalah tanggungjawab para >penumpang. Barangsiapa yang tidak mematuhinya akan di denda.

SAAT DAN WAKTU BERLEPAS
* Semua penumpang yang sudah mempunyai tiket, pasport atau tidak mempunyai kedua-duanya hendaklah bersiap-sedia untuk berlepas setiap saat jika tidak mahu sebarang kesusahan.

DIULANG
* Tempahan perjalanan adalah sesuatu yang tetap dan pasti, yang tidak perlu diingatkan lagi. Tapi atas dasar peringatan kepada para penumpang, maka kami menulis untuk anda semua. Hendaklah anda mengambil perhatian yang sewajarnya tentang perjalanan ini.

Terima kasih kepada semua kerana memberi peluang terhadap kami untuk menabur khidmat sepada anda semua. Semoga bergembira dengan perjalanan yang menarik,sesuai dengan firman ALLAH surah Al-Kahfi;

Ertinya :
" Barang siapa mengharap perjumpaan yang baik dengan Tuhannya, maka hendaklah dia mengerjakan amalan yang baik, Janganlah pula mensyirikkan ALLAH dengan sesuatu " SEKIAN

Renungan

Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud

"Ada 4 dipandang sebagai ibu", yaitu :
1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERCAKAP.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA2 adalah SABAR

berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan Kesabaran.

Beberapa kata renungan dari Qur'an bahwa

Orang yang tidak melakukan sholat pada :

* Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
* Dzuhur : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
* Ashar : Dijauhkan dari kesehatan/kekuatan
* Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya
* Isya : Dijauhkan dari kedamaian dalam tidurnya

The Existance of Allah

A man went to a barber shop to have his hair and his beard cut as
always. He started to have a good conversation with the barber
who attended him. They talked about so many things and various
subjects.

Suddenly, they touched the subject of ALLAH. The barber said :
"Look man, I don't believe that ALLAH exists as you say so."
"Why do you say that?" Asked the client. Well, it's so easy, you
just have to go out in the street to realize that ALLAH does not
exist. Oh, tell me, if ALLAH existed, would there be so many
sick people? Would there be abandoned children? If ALLAH
existed, there would be no suffering nor pain. I can't think of
a ALLAH who permits all of these things." The client stopped for
a moment thinking but he didn't want to respond so as to prevent
an argument.

The barber finished his job and the client went out of the shop.
Just after he left the barber shop he saw a man in the street
with a long hair and beard (it seems that it had been a long
time since he had his cut and he looked so untidy). Then the
client again entered the barber shop and he said to the barber :
" know what? Barbers do not exist."

"How come they don't exist?"-asked the barber. "Well I am here
and I am a barber." "No!" - the client exclaimed. "They don't
exist because if they did there would be no people with long
hair and beard like that man who walks in the street."

"Ah, barbers do exist, what happens is that people do not come
to me." "Exactly!"- affirmed the client. "That's the point.
ALLAH does exist, what happens is people don't go to Him and do
not look for Him that's why there's so much pain and suffering
in the world."

If you like it, send it to other people. If you think ALLAH does
not exist, don't do it.

Wanita Ciptaan Istimewa

1. Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat
menahan(menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah
terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.

2. Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur
duka dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin.

3. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan
menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.

4. Wanita menghadapi banyak permasalahan; sebahagian diatasi dengan
berkahwin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang
kubur.

5. Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum
wanita.

6. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang
terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.

7. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan
seorang lelaki.

8. Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami,
dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala- galanya.

9. Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak
bisa melupakannya.

10. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan
kemuliaan akhlak dan perilakunya.

11. Sebelum kahwin, wanita hafal seluruh jawaban dan sesudah kahwin, ia
hafal seluruh pertanyaan.

12. Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah
menjual kemerdekaannya.

13. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki
bermalam dalam kegelapan.

14. Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam
mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.

15. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan
sesuatu.

16. Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan
suaminya teman yang termulia.

17. Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak
mengenal pertengahannya.

18. Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia
berkahwin.

19. Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh
isteri yang mulia.

20. Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki
mencintai
untuk hidup berbahagia.

21. Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.

22. Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya
setiap kali berbicara dengan suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan
suaminya.

23. Cincin perkahwinan adalah cincin termahal di dunia, sebab
mengharuskan
pemberinya mengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti.

24. Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah
kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.

25. Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi
wanita adalah lidahnya.

26. Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai
sumber kebahagiaan seorang suami.

27. Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan
mendengarkan. Pada saat perkahwinan, perempuan berbicara dan pengantin
lelaki mendengarkan. Sesudah perkahwinan, suami dan isteri banyak
berbicara
dan para jiran tetangga mendengarkan.

28. Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu
berlebihan mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah
kiri
dan yang ketiga diarahkan kepada suami.

29. Wanita pada umumnya takut akan tiga hal : tikus, munculnya uban dan
wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya.

30. Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami adalah meringankan
setengah beban kehidupan suaminya.

31. Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara
lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya.