Monday, May 26, 2008

kEMAtiAN

ptg td, aku mendapat sms dr kwn aku, abg lan yg memberitahu abg nyer meninggal kerana lung cancer semalam di kedah...setelah 6 bulan menderita sakit di hospital, smlm abg sulung nya itu menghembuskan nafas terakhir meninggalkan isteri dan sepasang anak...yg membuatkan aku sedih bila satu sms dr nya menceritakan perilaku anak sulung abgnya...

fariz, 4 tahun berkata yg ayah nya 'masuk dalam tu (kubur) nnti bertambah sihat..nanti kita datang jemput ayah, k?'...anak sekecil 4 tahun itu tidak mengerti erti kehilangan...erti kematian...
jika aku di tempat kwn aku, aku xpasti apakah ayat terbaik untuk ku katakan pada anak sedara ku itu..yg pastinya akan bertanyakan ayah nyer setiap saat, setiap ketika...ayat yg bisa mententeramkan bukan sahaja jiwa kanak2 kecil itu malah jiwa ku sendiri.

mujurlah kakak ipar kawan ku itu bekerja...kerana bg ku, seorang isteri yg tidak bekerja apabila kehilangan suami tersayang, lebih kuat dugaan nyer kerana dia ader mulut untuk disuap...sedara mara boleh membantu ttp selama mana???

tetapi...
ajal maut di tangan Allah dan bila, di mana dan bagaimana pengakhiran hidup kita tidaklah dapat di duga..cuma, kita hanya mampu berdoa agar kita mati dalam iman...

0 comments: